Friday, October 23, 2009

Tiada sebab untuk berkata-kata

salam,

Sudah lama tidak membuka blog ini, terasa semacam dah lupakah dia, sungguh simpati dengan nasib yang menimpa kamu, maaf kan saya wahai blog, saya sangat tiada masa pada masa ini kerana entah apa-apa??
Pada masa sekarang biarlah saya kunci blog ini kemas-kemas dan akan di buka balik apabila tiba masanya. Saya rindu pada zaman masa mula-mula menulis di sini, sungguh meriah dan teruja dengan segala-galanya. Saya juga rindu dengan segala benda yang pernah wujud dalam hidup saya,rindu kenangan dulu yang indah lagi bermakna,kawan-kawan dan orang tercinta.
Pada masa ini saya perlu mencari erti hidup dengan lebih mendalam lagi, dengan kata lain erti hidup yang sebenarnya, doa kan kejayaan saya walau di mana pun saya berada.insyaallah saya akan gembira sentiasa.

love,
eya

Wednesday, September 23, 2009

selamat hari raya


selamat hari raya, maaf zahir dan batin

-zuriamohd-

Friday, September 18, 2009

selamat hari raya nana!


kad raya dari nana..terima kasih ya..

Friday, August 28, 2009

cool and cute




try listen!!
hehehe

Wednesday, August 26, 2009

kanak-kanak riang gembira

Bersama cucu-cucuku yang vogue dan bombastik <3

mulut itu penting..buat-buat! tengok beliau sangat kelakar dan mengoda


uikk tgk lah sini, cucu-cucuku memang degil.


cehh..iqah plak tak masuk kamera..apa lah




Perkara-perkara di atas membuatkan saya hilang kesabaran kerana sungguh payah dan susah untuk berkomunikasi dengan beliau-beliau ini, letih suruh tengok depan kamera tetapi hampa dan terus hampa..tapi beliau memang berbakat dan comel sangat.hehe so now, say hello to comel!!

buai laju-laju
sampai pokok sena
apa dalam baju
ape ey..lupa la pantun nih..hikhik

Tuesday, August 25, 2009

sesungguhnya saya sedang geram dengan seseorang yang tak pernah memahami.



kenapalah manusia ni suka sangat dengki dengan orang lain, geram betol dengan seseorang ini, sudah-sudahlah dengan perihal kamu yang menyakitkan hati ini. cakap kawan tapi.............huuuuh, ini lah namanya kawan makan kawan.
sempena bulan puasa ni ubahlah sikap tu, itu pun kalau orang yang saya maksudkan ini memahami.
*semoga di berikan kesabaran yang membuak-buak

Sunday, August 23, 2009

Kau dengan dirimu saja, kau dengan duniamu saja




Kuhidup dengan siapa
Ku tak tau kau siapa
Kau kekasihku tapi
Orang lain bagiku


Tuesday, August 18, 2009

hidup saya memang indah sangat dan tidak dapat dibayangkan dengan kata-kata

Begitu cepat masa berlalu,dari hari ke hari saya merasa masa berjalan begitu pantas dan tanpa saya sedari saya telah dewasa dengan sekelip mata sahaja..ohww tidak percaya.tidak-tidak sambil mengaru kepala.
"Masa", kenapa kau berlari begitu pantas dan aku tidak dapat mengejar engkau bahkan mengapai pun aku tak mampu. Begitulah juga dengan episod hidup ini begitu pantas dan tiada akhiran untuk episod yang bersambung-sambung sehingga nyawa ini masih berdetik.
Berbalik kepada cerita saya yang begitu mencabar ini, cewah! saya ingin mengumunkan esok saya akan kesunyian lagi, kerana, awak begitu cepat hendak berangkat ke negara empat musim itu??why..hehehe..saya akan rindu awak sepanjang masa.ingat ayat yang selalu di sebut ini "bijok-bijok,memang bijok ah"!
Ingatkah dulu awak sekecil separas pinggan saya sahaja, sekarang dah setinggi saya yang tinggi lagi tinggi ini, ohw seperti tidak percaya masa berlalu begitu cepat dan kalau boleh saya mahu bagitau kat awak jangan pergi lagi, masih banyak benda kita tidak kongsi bersama, tapi ada perkara yang menuntut untuk kita berpisah untuk sementara waktu,nantikan saya di sana. saya akan ke sana dalam masa dua tahun lagi, insyaAllah semoga dimakbulkan niat ini. Walaupun kita banyak persamaan, tapi ada yang berbeza-beza juga.


saya suka reben, awak suka butang



saya suka petak awak suka bulat-bulat



ehh saya silap,awak juga suka petak-petak..urmm





walauapapun perbezaan kita,awak dan saya punyai perbezaan yang sama iaitu "sayang"

memang rekod terciptalah

holahohohoho..hanya mampu tersenyum apabila membuka blog www.zuriamohd.blogspot.com ini, rasa seperti telah lama ditinggalkan.entah apa-apa, tidak sangka berjaya juga mencipta rekod dalam diri supaya mengabaikan blog ini sementara waktu, sehinggalah akhirnya jiwa memberontak untuk menupdate semula blog ini.hehe, gembira rasa hati ini apabila berjaya merubah semula templetes menjadi sebegini cantik pada mata saya,cantik tak?? sakit mata atau cantik cakap lah!

saya sedang berchating dengan budak kecil afiqah, saya mahu tanya pasal games baru yang hebat dan fantastik.Memang bengang tidak pandai bermain games yang kemas-kemas rumah dan barbie tukar-tukar baju yang comel, best gileeee,so jangan gangu dalam masa tiga jam ini, minda saya sedang berminat ke arah games..haha

sory bahasa melayu saya sekarang sangat teruk,berojak-rojak yang entah apa-apa..#@&*!>?